Aku berhenti berharap pada yang tidak pasti
Aku berhenti mendoakan hubungan kami
Aku berhenti memikirkan KALAU LAH itu ini yang ptut aku lakukan
Jika ditanya tentang perasaan
Masih ada namun aku simpan kemas dalam lubuk hati
Bertahun memendam hati
Mana mungkin hilang sekelip mata
Aku mahu hentikan apa yang ada sekarang
Bukan bermaksud mahu kembali pada cinta yang sebelumnya
Tapi hakikatnya aku sekadar mengikut acuan dan rentak mereka
Membiarkan ape yang di rencana
Awalnya aku fikirkan mungkin ini yang sebaiknye
Namun sebagai manusia yang tidak tahu apa akn berlaku mendatang
Ada sedikit sesalan yang mencuit hati
Mungkin cinta selepas kawen itu bukan utk aku
Pernah aku tertanya mengapa begini perjalanan
Mengapa aku sekadar dijadikan sandaran
Mengapa bahagia itu tidak kunjung datang
Aku berhenti berharap
Bukan kerana penat berjuang
Kerana aku sedar aku sudah tidak layak
Untuk kamu yang aku pernah cinta sepenuh hati
Aku yang dulu sudah hilang keistimewaan
Aku yang kini sedang merintih bersendirian
No comments:
Post a Comment