Tahun 2008 aku berkenalan dgn die yang pada mse tu aku xtau pun die tunangan orang. Die yang approach aku bile mane aku masih kekalkan benteng ego untuk mempertahankan diri. Die antara lelaki yang boleh aku katekan agak istimewa hingga mampu jatuhkan ego aku satu demi satu. Bermula dengan panggilan telefon yang kami selalu berdebat bicara, bawak pada perjumpaan pertama, kedua dan seterusnya.
Perhubungan berterusan sehingga aku smbung study ke selangor. Die banyak bantu aku, baek dari segi kewangan, pendapat, perangai elok tak elok, ah banyak la kalu mahu dihuraikan satu persatu. Katenye 'saye ingin lihat awak berjaya. Dan saye bangga jika kejayaan awak ade saye yang menyokong'
Tahun 2009 aku digemparkan dengan berite die dah berkahwin. Bile sume kawan2 berkumpul dalam satu bilik, then dorg pgl kau, cakap terus terang dan elok2 dengan kau, berharap kau mampu mencerna, mampu menghadam tiap patah perkataan yang dorg smpaikan. Ape reaksimu? Aku pandang muka dorg satu persatu. Muka kesian, muka serba salah tuk menyampaikan berite. Dan aku masih ketawa dalam gelora. Kate mereka 'menangis la kawan jika itu mampu membuatmu lega. Kita bukan kalah pada tangisan semata' bagaimana? Mahu menangis? Ya akhirnya air mata aku jatuh laju pada bacaan yasin yang aku alunkan sendiri. Berharap cara itu lebih mendamaikan, berharap Allah tau gelora yang Dia uji kan.
Sminggu idup aku huru-hara. Air mate rase murah sangat. Makan ke mane, ape ke mne. Stress frust marah sedih sume dalam satu rasa. Smgu kami sepi. Kate die 'jika tanpa saya, awak mampu berdiri, maka saya akan pergi' aku tinggalkan kate itu tanpa jawapan pasti. Bagaimana? Hati ini sepenuhnya aku kasi. Membuang rasa itu sakit bilamane aku tidak bersedia, apetah lg bila aku merasakan kami masih bahagia.
Dan di sini bermula kekejaman yang aku cipta......
Bersambung........
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment