Aku ego dalam melafazkan cinta. Ego aku hanya mampu dipatahkan oleh seorang lelaki
Atas rasa malu, atas rasa ego, aku lemah dalam memulakan langkah. Aku bimbang pada salah percaturan. Aku bimbang kesan hari mendatang. Melafazkan bukan sesenang memakan kacang
Aku ego dalam bercinta. Hanya berharap pihak di sana memulakan langkah. Dan aku beriringan dengan senyum yang tersimpan. Tiada yang memahami bukan? Maka salah tafsir itu bisa terjadi. Namun jika kau fahami dengan teliti, mungkin kau tahu cintaku melangit.
Aku ego dalam bercinta. Kerna itu aku tidak terleka dalam pujianmu. Tidak teruja dengan pemberianmu. Berfikir2 dengan ajakanmu. Bernada biasa dalam perbualanmu. Walhal hati ini tuhan saja yang tahu. Aku tidak mampu mengungkap dengan kata2. Dan ego juga mengatasi segala.
Yer, aku bodoh disitu!
Disebabkan aku bukan penjiwang seantero dunia dan jari bagai geli tuk menaip kata, baeklah aku berenti takat ini sahaja..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment