semalam aku tido kul3pagi. giler ape hari ni keje balik lambat2. ok salahkan mereka2 yang ajak ak lepak semata2 tengok drift (actually tengok orang berlagak drift je). oh tidak lupa dengan penampilanku berbaju kurung pada waktu itu. sungguh muslimah kate mereka. sangat sial gurauannya!
so dengan rabak2nya pergi keje. nasib half day je. balik keje tu pegi pulak majlis tunang kawan aku. ok biase saje majlisnya. maklumla kami sampai pada lewat tengahari di mana majlis hampir sahaja selesai. salahkan tempat keje sebab suh keje jugak pada wekend2 begini.
aku sebenarnye tak kenal sesape pn kt majlis tu. tapi sebagai peneman aku pergi la dengan separuh rela. usha2 la lebih kurang si watak utama, hero n heroin. perkenalan selama 10tahun yer kengkawan. agak lame di situ. dan percaya atau tdak perkenalan hanya di alam maya. menjadi realiti di alam nyata.
aku sebenarnya bkan tak percaya cinta siber ni. maybe sebab ak pernah lalui n pernah jatuh so ak tak nampak kejayaan pada perhubungan alam maya. tapi kat depan mate ak ni terbentang bukti, sape kate cinta siber tak berjaya kn. tapi klu nk suh ak kasik point pn mayb 1/10 la yang berjaya. anyway tahniah pada mereka yang berjaya. salute tuk anda semua.
tapi hakikat sebenarnye kan kalu dah jodoh ape la nk dikate kn.
p/s: meh masuk chatrum cari bf
No comments:
Post a Comment